31 October 2014

CARA NAK UPDATE ZENFONE 5 AP


Assalamualaikum, Disini Sz nak kongsikan cara nak update zenfone 5 AP set secara manual. Kenapa cara manual?? ianya disebabkan oleh OTA update masih belum dapat untuk zenfone 5 AP set. Cara ni pun boleh jugak pakai dengan zenfone 5 ORI set kalau tak nak pakai OTA update. Ikut langkah dibawah jika nak update kepada kit kat 4.4.2.

Untuk international rom kod sku adalah ww. Pastikan sku device anda adalah ww untuk download firmware di bawah. Bagi rom yang sku lain boleh klik firmware di bawah dan download mengikut sku device anda. jika sku cht download yang cht atau tw download tw. Sekiranya sku anda ww abaikan mesej ni. Teruskan seperti biasa.

Cara nak check sku:
Setting>>About>>System update>>Build number

Pastikan bateri phone plaing kurang 50 peratus bagi mengelak sebarang kesulitan dan melancarkan proses.

Download Firmware:
*version 1.18.40.10 (WW)
*version 2.19.40.18 (WW)

Selesai download boleh teruskan ke langkah seterusnya..

1) Extract kedua-dua firmware tadi.
2) Sambungkan zenfone 5 anda dengan komputer anda.
3) Copy firmware 1.18.40.10 yang telah di extract tadi ke dalam internal phone memory.
4) Cabut kabel dari phone, automatik akan keluar satu notification update.
5) Click dan install update.
6) Tunggu sehingga selesai.
7) Bila selesai ulang langkah 2 - 6 untuk firmware satu lagi.


8) Tunggu sehingga selesai.
9) Sekarang anda boleh menyemak android version anda dekat setting>>about>>Android version


Sekiranya ada tak faham boleh tinggalkan sebarang pertanyaan diruangan komen atau email saya di alamat email kurunzero@gmail.com. Sekian terima kasih.




No comments:

Post a Comment