24 May 2012

CARA SENANG INSTALL WINDOWS 7 GUNA USB



Untuk pengguna yang ingin pasang windows 7 guna usb tetapi tidak tahu guna cara diskpart boleh ikut cara ini. Ia lebih mudah dan senang. Hanya memerlukan 2 langkah sahaja untuk memasang windows 7 pada komputer anda. 

Sebelum memulakan proses ini anda memerlukan peralatan dan perisisan berikut:-

1.USB Flash Drive (4GB Minimun)
2.Windows 7 ISO atau DVD
3.Perisian UNetBootin (Download Disini)

"Note: Sekiranya UNetBootin tidak berfungsi anda boleh menggunakan Windows 7 USB/DVD Tool"

Sekiranya semua dah lengkap, sekarang anda akan memulakan langkah pertama. Pertama sekali masukan USB Drive kemudian run UNetBootin dan pilih lokasi windows 7 ISO atau DVD. Seterusnya tetapkan jenis dan drive USB anda. Lihat gambar dibawah untuk lebih faham.


Setelah selesai semua tetapan tekan ok, sekarang proses mengestrak akan bermula seperti gambar dibawah. Tunggu sehingga proses selesai. Proses ini mungkin mengambil masa paling kurang (10 hingga 15 minit). Harap sabar menunggu.


Setelah proses mengekstrak selesai. Reboot komputer anda. Sekarang anda perlu masuk bios kemudian pergi ke boot menu dan tetapkan boot anda kepada boot from USB. simpan setting anda dan restart komputer anda sekali lagi. Teruskan proses install windows macam biasa. 


Selamat Mencuba !! Terima Kasih

No comments:

Post a Comment