12 June 2012

CARA LAJUKAN WINDOWS


BUANG SPYWARE DAN LINDUNGI KOMPUTER DARI VIRUS 
Untuk pengetahuan anda spyware dan virus adalah penyebab utama yang menjadikan komputer lembap dan kadang-kadang hang. Oleh itu tugas anda untuk memastikan kelajuan komputer anda ialah dengan melindungi komputer anda dari virus dan spyware dengan mengunakan antivirus dan anti-spyware sama ada yang berbayar atau free. Saya syorkan guna yang free jer mcm avast dan malwarebytes.

DISK CLEANUP
Seterusnya lakukan disk cleanup pada komputer anda seminggu atau 2 minggu sekali bagi memastikan ruangan disk anda kosong dari data-data yang tidak diperlukan. Ini dapat meningkatkan kelajuan pemprosesan disk anda ke tahap yang maksimun. Untuk pengetahuan anda disk cleanup ni bagus kerana ia boleh membezakan data windows yang penting dan tidak penting dan memberi pilihan dulu kepada anda sama ada nak buang atau tak data tersebut.

DISK DEFRAGMENT
Disk fragmentation(pemecahan) boleh melambatkan prestasi keseluruhan sistem anda. Apabila fail telah berpecah-belah, komputer akan mengambil masa yang lama untuk membuka sesuatu fail. Disk Defragmenter (kadang-kadang dipendekkan kepada defrag oleh pengguna) adalah utiliti Windows yang menggabungkan fragment fail dan folder di cakera keras komputer anda supaya tersusun. Oleh itu lakukan defrag seminggu atau dua kali seminggu bagi memastikan data tersusun dan tersimpan ditempat yang betul untuk meningkatkan prestasi komputer anda.

No comments:

Post a Comment