1 February 2013

UPGRADE XPERIA NEO V TO LATEST ICS 4.1.B.0.587



Disini SZ ingin kongsikan cara mudah untuk upgrade Sony Xperia Neo V MT11i dari Gingerbread atau dari versi ICS yang sebelum ni yang masih lagi tidak stabil kepada ICS yang terbaru. Caranya mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan hanyalah muat turun Flashtool dan Firmware Xperia Neo V MT11i 4.1.B.0.587 FTF. Kemudian ikuti cara dibawah untuk melakukan proses upgrade.



MUAT TURUN

1.Firmware | Mediafire | 200MB
2.Flashtool | Website | 100MB


PASTIKAN!!!

Backup data2 yang penting seperti msik, vdeo,gambar, contact, sebelum mula proses update.

Minimum bateri mesti atas dari 70%.

Matikan fungsi SECURITY SUITES Xperia, pergi ke SETTINGS > SECURITY > MARK “UNKNOWN SOURCES” dan tandakan.

Lagi sekali, dekat SETTINGS, pastikan USB DEBUGGING OPTION telah ENABLE, pergi ke SETTINGS > DEVOLEPMENT OPTION > DEVELOPMENT > USB


CARA UPGRADE

Install flashtool.. Lepas install, pergi ke C: dan bukak folder flashtool.. Nanti akan nampak FOLDER DRIVERS, klik dan run kan flashtoll-drivers.exe.. Lepas tu pilih Arc-Play-Neo-Acro ADB dan klik butang install..





Bila dah siap install, copy firmware yang dimuat turun tadi MT11i_4.1.B.0.587 ke C:/FLASHTOOL/FIRMWARES folder. Lepas tu  run  flashtool.exe.. Nanti akan keluar satu window di skrin seperti dalam gambar dekat bawah ni



Klik dekat IKON KILAT di bahagian KIRI ATAS, dan akan keluar satu pop up window dengan dua option yang berbeza, FLASHMODE dan FASTBOOT MODE.. Pilih FLASHMODE dan klik OK..




Langkah seterusnya, pilih MT11i_4.1.B.0.587 dibahagian kiri dan jangan lupa tanda dekat NO FINAL VERIFICATION dekat bahagian kanan kemudian klik OK..




Lepas tu akan keluar satu window dan itu bermakna anda perlu masuk ke FASTBOOT MODE. Ikut arahan yang diberikan pada paparan window tersebut..




Proses ni mengambil masa dalam 2-3 minit.. Device anda akan mengambil masa yang lama untuk load firmware yang baru install dan ia akan stay dekat logo Sony, kemudian logo Xperia akan muncul. Harap sabar menunggu dan jangan risau kerana setelah proses siap device anda akan load tanpa sebarang masalah.



PERHATIAN!! 
SZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN TERHADAP DEVICE ANDA. 
PASTIKAN ANDA MENGIKUT LANGKAH DENGAN TELITI



No comments:

Post a Comment