3 July 2018

CARA NAK ROOT LEAGOO ELITE 4


Leagoo Elite 4 ini merupakan sebuah entry-level smartphone mampu milik keluaran daripada china untuk pasaran di Malaysia. Seperti smartphone china yang lain, Elite4 ini dikuasakan dengan 64-bit MediaTek MT6735 quad-core processor serta 1GB ram. Elite4 ini boleh menampung pengunaan harian yang basic seperti whatsapp atau telegram kerana kapasiti ram Elite4 ini adalah terhad dan jauh sekali untuk menampung multi-tasking. Itu serba ringkas penerangan tentang Elite4 ini dan berbalik kepada perkara asal iaitu cara nak ROOOOT Leagoo Elite4 ini.


Sebelum mula pastikan:
1. Bateri berada pada tahap 70%
2. Backup contact dan data

Muat Turun:

Langkah Pertama : Flash TWRP
1. Salin fail SuperSU dalam bentu zip kedalam internal smartphone dan extract semua fail yang dimuat turun diatas
2. Buka SPFlashtool


3.pastikan anda berada dalam tab downloadseperti gambar diatas
.

4. load scatter loading file yang ada didalam folder LeagooElite4_TWRP seperti dalam gambar diatas.
5. Tick pada recovery sahaja dan untick yang lain seperti gambar diatas
6. klik kotak merah no 3 seperti gambar diatas kemudian load recovery image didalam folder  LeagooElite4_TWRP.
7. Selesai semua klik download.
8. Keluarkan bateri phone dan sambungkan ke PC menggunakan USB kabel.
9. Tunggu SPFlashtool mengesan smartphone anda
0. SPFlashtool akan automatic flash TWRP apabila smartphone dikesan.

Sekiranya SPFlashtool gagal mengesan smartphone anda maka anda perlu install driver Vcom sehingga sempurna. dan ulang kembali step 7 hingga 0. Sesetengah Windows 10 xperlu install driver kerana sudah sedia ada.

Cara nak masuk kedalam TWRP ialah dengan combination VOLUME UP + POWER BUTTON sehingga anda melihat logo leagoo terpapar di skrin maka lepaskan POWER BUTTON. 



Sesetengah orang dah biasa dengan TWRP ini jadi dah tahu la kan apa nak buat, Bagi yang baru dan tak tahu apa TWRP ini biar saya terangkan dulu serba sedikit. TWRP ini adalah sistem recovery yang diubahsuai untuk mengantikan system recovery asal smartphone anda. Sistem recovery atau lebih senang dipanggil TWRP ini bertujuan untuk flash app, flash custom rom, backup rom, root smartphone anda dan banyak lagi lah dan nak tahu detail boleh visit website TWRP.

Cara Root Leagoo Elite 4:
1. Klik install seperti didalam gambar diatas
2. Browse cari SuperSU.zip yang disalin didalm internal tadi kemudian swipe to install
3. Tunggu sehingga selesai.
4. Reboot Sistem
5. Selesai

Boleh download root checker untuk memastikan smartphone anda berjaya di root atau tidak. Selamat berjaya dan terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sebarang pertanyaan boleh email direct kepada saya (kurunzero@gmail.com) atau tulis diruangan komen.


*Pihak siberzero tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan data.
*Risiko adalah dibawah tangungjawab anda sendiri'
*Sila ikut langkah dengan berhati-hati
*Segala teknik dan langkah telah ditest sendiri oleh pihak kami sebelum dikongsi.

No comments:

Post a Comment