3 June 2017

CARA INSTALL LINUX GUNA PENDRIVE


Kepada penguna-penguna linux seperti ubuntu, fedora, centos, mandriva, redhat dan yang terbaru zorin os kini anda boleh install linux dari usb di pc@laptop anda dengan hanya beberapa langkah sahaja.

Etcher, merupakan sebuah program yang membolehkan anda create usb bootable device untuk install linux di pc@laptop. Anda cuma hanya perlu load linux image(iso) kemudian pilih slot usb yang anda ingin jadikan sebagai usb bootable device dan kemudian klik flash. Kelebihan Ecther adalah friendly user interface dan memudahkan kerja-kerja membuat linux usb bootable device dengan cepat dan mudah. Setakat ini etcher telah support hampir kesemua jenis linux termasuk yang terbaru iaitu zorin os. 


Apa yang anda perlukan:
2. Etcher
3. Usb@Pendrive (Min 4Gb)

Apa perlu anda buat:
1.Install Etcher & Run (jangan pergi lari plak :p.. run tu maksudnye run program etcher)
2.Masukan Usb@pendrive
3.Pilih Image
4.Pilih Usb Slot (Pastikan backup semua data anda didalam usb)
5.Klik Flash
6.Siap (Tunggu ler sampai siap dalam 10 - 20 minit)

Selepas siap anda boleh test dengan restart pc@laptop anda dan pilih di boot menu (selalunya akan keluar brand usb@poendrive anda) atau anda boleh tetapkan boot sequence di bios kepada 1st boot to usb drive.

Selamat mencuba, sebarang masalah boleh tinggalkan diruangan komen atau terus email kepada saya di alamat kurunzero@gmail.com. Insyallah saya akan reply secepat mungkin. Dengan itu juga saya ingin memaklumkan bahawasanya saya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang dialami pihak anda semasa atau selepas anda mengikuti tutorial ini.




No comments:

Post a Comment