3 June 2017

CARA INSTALL WINDOWS GUNA PENDRIVE




Assalamualaikum dan salam sejahtera, Disini saya nak kongsikan cara nak create usb windows (semua jenis windows) guna third party software yang lebih senang stepnya, sebelum ni saya dah kongsikan cara nak create usb windows guna cara command prompt dan kemudian dengan cara guna unetbootin. Kali ini plak saya nak kongsikan dengan cara guna rufus.


Rufus ni merupakan aplikasi untuk create usb bootable device dengan senang. Selain dari untuk install windows rufus juga boleh create dos untuk flash bios. Saiz file rufus plak tak sampai 1Mb jadi takde masalah lah nak download kan dan rufus ni jugak didatangi dalam dua versi iaitu versi portable dan versi install, senang download yang jenis portable lah.

Pastikan anda backup semua data dalam pendrive anda sebelum start!! Sebarang kehilangan data atau kerosakan semasa atau selepas proses buat pendrive windows ni bukan dibawah tanggungjawab kami.

Apa yang diperlukan:
1. Rufus (Download)
2. Windows Image (Format .Iso)
3. Pendrive@Usb ( Min 4Gb)

Cara nak buat:
1. Bukak Rufus
2. Sambung pendrive ke pc@laptop
3. Dekat Select Drive, pilih slot usb pendrive anda
4. Partition Scheme tu abaikan
5. File System pilih FAT32
6. Cluster saiz pun abaikan
7. Untick check device bad block bla2 tu dan Tick yang lain
8. Dekat "create a bootable disk using" pilih ISO image kemudian  load windows image anda
9. Klik start dan tunggu sampai siap



Process ini mengambil masa yang lama sedikit (Dalam 10 - 20 minit), jadi dinasihatkan anda pergi buat air dan rilek-rilek sekejap sementara menunggu usb windows anda siap. Selamat mencuba dan terima kasih mengunjungi blog ini. Assalamualaikum. w.b.t.


No comments:

Post a Comment