2 September 2017

CARA FLASH TWRP UNTUK HONOR 7



Sebelum ni saya kongsikan cara untuk unlock bootloader, dan sekarang saya ingin kongsikan cara untuk flash recovery TWRP ke dalam Honor 7.


 Fungsi recovery atau lebih dikenali dengan TWRP ini adalah bertujuan untuk membolehkan anda:

1) Backup Rom
2) Install Rom
3) Create System Partition
4) Format system

Pastikan anda backup segala data didalam device anda dan pastikan kapasiti bateri dalam 30%.!!

Cara untuk Install TWRP:

01. Download TWRP 3.0_for_Huawei_Honor_7 | Google Drive
02. Extract dan copy & paste recovery.img ke C:\Program Files\Minimal ADB and Fastboot folder
03. Enable USB debugging dan sambung device ke pc@laptop
04. Buka Minimal ADB and Fastboot command prompt
05. Taip "adb reboot bootloader"


06. Tunggu sehingga device anda reboot ke dalam fastboot mode.
07. Load driver usb fastboot jika masih belum install driver (check kat device manager)
08. Download usb fastboot driver | Google Drive
09. Selesai pasal driver, kembali pada Minimal adb and fastboot command prompt
10. Taip "fastboot flash recovery recovery.img"


11. Tunggu sehingga selesai.
12. Setelah selesai anda telah berjaya install TWRP ke dalam device anda
13. Taip "adb reboot recovery" untuk masuk ke dalam TWRP atau hold button on dan volume up.

Sebelum anda buat apa-apa didalam TWRP pastikan anda backup rom anda terlebih dahulu dan simpan didalam pc@laptop sebagai langkah berjaga-jaga.

*Pihak siberzero tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan data.
*Risiko adalah dibawah tangungjawab anda sendiri'
*Sila ikut langkah dengan berhati-hati
*Segala teknik dan langkah telah ditest sendiri oleh pihak kami sebelum dikongsi.

No comments:

Post a Comment