2 September 2017

CARA NAK UNLOCK HONOR 7 BOOTLOADER



Kepada pemilik Honor 7 yang nak men-custom-kan rom honor 7 anda, Di sini saya ingin kongsikan cara nak unlock sistem bootloader honor 7 (PLK-L01).

Sebelum itu Pastikan!!:
Backup segala data anda didalam honor 7, Kapasiti bateri 30% ke atas.

*Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan, kehilangan data atau apa jua keadaan sekalipun.
*Risiko adalah dibawah tangungjawab anda sendiri.
*Sila ikut langkah dengan betul dan berhati-hati
*Segala teknik dan guide ini telah ditest mengunakan phone kami sendiri sebelum dikongsi


Cara nak Unlock:

Dapatkan Unlock Code:
1. Pergi ke laman web ni huawei|emui. kalau dah ada ID sila login, yang belum ada sila register.
2. Lepas login baca agreement sampai paham, kalau tak faham print pastu rebus pastu minum.
3. Selepas itu akan keluar page macam kat bawah ni:


4. Isi apa yang diperlukan macam dalam gambar. huawei dah guide detail.
5.Code akan keluar macam dalam gambar dibawah ni:


6. Copy code tu, screenshot ke, hafal ke asal anda ingat. 
7. Sekarang ni unlock code dah ada dan sekarang tinggal nak unlock kat phone je lagi.

Unlock Bootloader:
01.Download file h7_unlock_bootloader Mediafire|Drive
02.Di dalam rar ni terdapat 2 jenis file iaitu adb_fastboot dan honor 7 fastboot driver.
03 Install minimal_adb_fastboot_v1.4.2_setup hingga selesai.
04.Pada device, pergi setting dan enable-kan developer option dengan tap 7 kali pada build number
05. Masuk dalam developer option, enable-kan Usb Debugging
06. Buka minimal_adb_fastboot seperti gambar dibawah:


07. Sambungkan device di pc@laptop dan tulis "adb reboot bootloader" dan enter.


08.Tunggu sehingga device anda reboot ke dalam fastboot mode.


09. Load-kan honor 7 fastboot driver yang download tadi.
10. Selesai dan berjaya load driver, pergi balik kat Minimal_adb command prompt td
11. Tulis "fastboot oem unlock  <unlock code>"
12. Tunggu hingga selesai.


Successfull!
Sekarang booloader anda telah berjaya di unlock.. Selamat men-custom-kan device anda.






2 comments: